SYOK Bayu

SYOK BAYU merupakan sebuah radio tanpa penyampai radio dalam bahasa Melayu loghat Sabah yang menyiarkan lagu-lagu yang terbaik oleh anak kelahiran dari Sabah. Siaran ini mula ke udara pada tahun 2010 oleh Astro Radio, dan telah tersedia di saluran 867 di platform Astro dengan sebagai Radio Bayu. Tapi setelah dilancarkan aplikasi Syok pada Julai 2019, radio ini dijenamakan semula sebagai SYOK Bayu dan nama ini kekal sehingga kini. Saluran radio ini turut juga menyiarkan berita tempatan Sabah.